;;;

Monday, September 14, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ; MAAF ZAHIR & BATIN

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan meraikan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan iaitu menyambut HARI RAYA AIDLFITRI.

Sedih mula terasa dalam sanubari diriku ini, apabila ramadhan akan meninggalkan kita semua kan akan meninggalkan Selamat Tinggal Ramadhan dan Selamat Datang SYAWAL.... Aku yang dilahirkan pada bulan Ramadhan ini terasa akan kesedihannya dan tertanya dalam diri ku ini "Adakah akan ku dapat menikamati ramadhan pada masa akan datang atau tahun depan". aKU redha akan Ketentuan ILAHI, namun banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam diriku ini yang kekurangan.

Bila tiba Syawal pada pagi hari kan, aku pasti akan sedih kerana aku sedih lah .... Bulan Syawal aku tak sama seperti sahabat2 ku yang lain.... Apabila lagu "Siapakah yang sudi, menghulurkan simpati kepada nasibku ini, ibu dan ayah telah pergi selamanya......." pandai2 lah sambung lirik pastu... lagu tu begitu pilu pada diriku ini.

Oh ya... aku nak ambik kesempatan ini dengan memohon kemaafan dari sahbat andai yang mengenali diriku ini... mahupun sahabat2 dari Jerantut, zaman sekolah, UPSI, SRM UPSI, dan semua lah yang mengenali ku ini.... ku memohon kemaafan banyak2 jika ada kesilapan dan kesalahan apa yang ku wat selama ini.... mahupun dari perbuatan ataupun percakapan. Maaf Zahir dan Batin.

Akhir Sekali ,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments: