;;;

Saturday, October 17, 2009

Bicara Agama : Ketampanan Nabi Yusuf diuji

NABI Yusuf ingin hidup tenang dan tenteram di rumah pembesar Mesir. Baginda mendapat sepenuh kepercayaan daripada majikannya untuk menguruskan segala hal-hal rumah tangga mereka dengan penuh keikhlasan, kejujuran tanpa mengharapkan balasan dan sebagainya.

Pertumbuhan fizikal dan mental Nabi Yusuf menjadi seorang pemuda yang cukup tampan dan gagah telah menarik perhatian isteri pembesar Mesir tersebut.

Zulaikha sangat tertawan melihat ketampanan Yusuf. Dia selalu menggoda Yusuf dengan pelbagai cara sama ada secara terang ataupun tersembunyi. Pantang ada kesempatan, maka akan digunakan oleh Zulaikha dengan sepenuhnya.

Setiap hari dia akan berpakaian cantik dan memakai wangi-wangian semata-mata untuk menggoda Nabi Yusuf agar terpikat kepadanya.

Perbuatan dan tingkah laku Zulaikha yang selalu menggoda Yusuf itu lama-kelamaan menjadi buah mulut penduduk Mesir.

Sebagai isteri kepada orang yang sangat berpengaruh, Zulaikha terasa sangat teruji dan malu dengan perbuatannya sendiri. Dia pun merancang satu strategi untuk menutup perbuatannya.

Pada suatu hari, dia telah memanggil rakan-rakannya yang terdiri daripada isteri-isteri pembesar dan kaum-kaum wanita yang berpengaruh di daerah itu untuk menjamu mereka di rumahnya.

Setiap tetamu yang datang akan diberikan tempat duduk yang sangat selesa kepada mereka dan dihidangkan dengan makanan yang lazat serta sebilah pisau setiap seorang untuk memotong makanan itu.

Apabila semua tetamu telah sampai, Zulaikha pun mempersilakan mereka makan.

Sedang tetamu-tetamunya asyik makan, Zualikha memerintahkan Nabi Yusuf supaya keluar dan berjalan di hadapan mereka. Nabi Yusuf pun keluar dan berjalan dari bahagian hadapan hinggalah ke belakang meja itu.

Para wanita yang melihatnya terdiam seketika dan terngangalah mulut masing-masing. Mata mereka bulat memerhatikan ketampanan Yusuf. Tidak kurang juga ada yang menjerit kerana terkejut. Lagipun seumur hidup mereka sebelum ini tidak pernah melihat orang lelaki setampan Nabi Yusuf.

Oleh sebab terlampau terkejut dan terpukau dengan ketampanan Nabi Yusuf, mereka telah memotong jari masing-masing sehingga luka. Sesungguhnya apa yang terjadi itu adalah di luar kawalan mereka.

Zulaikha memerhatikan mereka dengan perasaan suka hati. Dia pun bertepuk tangan dan mengarahkan Nabi Yusuf masuk ke dalam bilik semula. Setelah Nabi Yusuf hilang daripada pandangan, barulah wanita-wanita itu tersedar daripada lamunan dan mula menyedari tangan masing-masing telah terluka.

"Sesungguhnya apa yang kami lihat itu tadi bukanlah manusia tetapi malaikat," kata mereka. Zulaikha pun berkata: Kamu telah melukai tangan masing-masing, padahal kamu hanya melihatnya sekali sahaja. Tetapi aku melihatnya setiap hari, daripada usianya 12 tahun sehinggalah dia menjadi pemuda yang tampan begini. Jadi salahkah aku kerana menyukainya?"

Pelbagai nasihat yang diberikan oleh wanita-wanita itu tadi supaya Nabi Yusuf menerima cinta Zulaikha. Jika menerima cinta Zulaikha, Yusuf akan mendapat kesenangan hidup dan pelbagai ganjaran yang lain. Namun begitu kata-kata nasihat yang diberikan tidak menarik minat di hati Nabi Yusuf.

Baginda berdoa kepada Allah agar dirinya ditetapkan iman dan tidak terpengaruh dengan godaan wanita-wanita itu. "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku lebih rela dipenjarakan kerana sekiranya berada di luar aku bimbang akan terpaksa menurut hawa nafsu wanita-wanita itu. Lindungilah aku wahai Tuhanku daripada rayuan dan tipu daya mereka," ucap baginda.

Pembesar Mesir mengetahui hal itu, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Demi menyelamatkan keadaan, dia telah menurut kata isterinya supaya memenjarakan Nabi Yusuf. Akhirnya tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara.

Tuesday, October 13, 2009

Di Sini... Saya

"Di sini saya, ya Allah...
sedang mencari-cari cinta-Mu..
kabur saya dek noda dosaku sendiri
bila saya meminta....
Engkau pasti memberi...
pemberian-Mu menurut keperluanku...
bukan pada kehendakku..

Bila saya memohon kekuatan Iman,
Kau makbulkan dengan ujian...
bila saya meminta kesabaran
Kau berikan kepadaku kesusahan....
bila saya memohon kejujuran,
Kau berikan saya segunung amanah...
bila saya meminta....
Kau tetap memberi..
cuma saya yang masih belum mengerti.

Kalau saya mengerti...
tentu tidak goyah hidupku..
kalau saya mengerti...
tentu sudah bercambah cintaku...
kalau saya mengerti...
tidak begini keadaanku.

Sungguh saya, ya Tuhan...
masih belum mengerti.....
walaupun sudah banyak Engkau memberi....
sedikit pula saya mensyukuri.

Di sini saya, ya Allah...
memandang dalam buta...
berbicara dalam bisu...
mendengar dalam tuli....
kerana saya....
masih belum mengerti.

Monday, October 5, 2009

PRAGRADUASI UPSI 2009

Tarikh : 02 hingga 04 Oktober 2009 ( 3 Hari 2 Malam)
Tempat : Pulau Langkawi ( Pulau Bebas Cukai), Kedah

Pada tarikh 2-4/10/09, aku dah rakan2 sekelas telah mengadakan Pragraduasi PSR UPSI 2009 yang bertempat di Pulau Langkawi yang indah permai.... Apakah obejktif diadakan program ni ea????

Objektif program ni adalah untuk merapatkan ukhwah sesama kita umat Islam dan mengeratkan silaratulrahim... Program ni juga mampu merapatkan talian persahabatan kepada kami semua... dengan harapan apa yang dijayakan akan memberi impak kepada kami yang bakal bergelar seorang pendidik.

aku bersama 29 rakan bergerak dari UPSI ( Tanjung Malim ) pada jam 0715 pada 2 Oktober 2009 dengan menaiki bus MARA LINER.... kami sampai di Jeti Kuala Perlis pada jam 1320 dan teruskan perjalanan dengan menaik Feri KENANGAN 2 ke Jeti Kuah pada jam 1400.... Bila aje sampai di Jeti Kuah ada dah bus persiaran yang menanti ketibaan kami... sampai2 je langkawi terus g shoping kat Hj ISmail Group (HiG).... apa yang aku beli ea.... hanya coklat je lah....kawan2 aku ada yang beli besar3.... aku memang tak nak beli pun coz dah ada kat umah.... hahhaha.....di Jeti Kuala Perlis


Pastu kami terus ke tempat penginapan kami di Pantai Chenang, Pulau langkawi. kat sini kami laki ada 10 org je so 1 bilik = 4 orang so kena lah wat dasar 4;4;2... so aku hanya duduk berdua sahaja dengan Rimas Bin Aslih (RBA). pas je chek in aku berjalan di pantai...
syok gak dapat jlan kat pantai ni.... pastu balik bilik mandi n bersiap tuk berjalan2 di kawasan sekitar penginapan kami....

Hari Ke 2

Bermula jam 0800 kami semua kena berkumpul untuk teruskan aktiviti melancaong kami... mula2 jam 0815 kami berhenti untuk sarapan pagi... aku sentap nasi lemak ayam yang hanya RM1 sahaja...pastu kami teruskanperjalanan ke makam mahsuri.... lbih kurang 1jam 30 minit di sana....
pastu g mana ea???? banyak lah tempat g jalam

Malam yang dinanti adalah malam annual dinner aku n kawan2... tema yang ditetapakn adalah hitam n putih .... aku berkonsepkan santai aje.... so nilah pic aku

ni lh pic sekelas aku
ni jelah citer setakan ni .... nanti ada masa akan ku sambung lagi lah .... dah ngtuk lah jam pun dah jam 0231 nie... so salam .

Tuesday, September 29, 2009

RAHSIA MELALUI TULISAN

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : - Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Kenangan Aidilfitri 2009

Assalamaulaikum ....
Kembali lagi saya dalam coretan ini... Kali ini nak sembang pasal kenangan aidilfitri lah plak...
Pada 20 Sempteber 2009 (20/9/09) kita semua sudah menyambut aidilfiri. Alhamdulilah sudah selmat semuanya... tp pada tarikh yang sama juga iaitu 20/9 adalah tarikh ayahku pergi menyambut sahutan ILAHI. So tahun ini, kami wat tahlil pada ari raya.

Tahun ni saya dan keluarga bertemakan warna biru...
Inilah pic famili saya yang disayangi selalu
inilah adalah saya bersama kakak tersayang

Nampak mcm sikit je kan ahli keluarga saya kan .... Ini [un ada 3 lagi yang tiada... Kakak kedua saya tak balik tahun ni.... dah lama tak jumpa dia .... rindu sangat ni...
Abang saya sekarang ada kat Sandakan, Sabah pun tak dapat balik tahun ni coz dia kena belayar... anak buah beum saya tgk lagi...Pic di atas plak ada lah pic aku bersama jiran di taman perumahan abang ku bersama dengan anak buah ku... Tahun ini juga aku bertemu dengan sahabat2 aku zaman SPM dulu... Thanks sudi datang...


waktu zaman sekolah SPM dulu2 inilah geng 5 sahabat... sebenarnya ada 1 orang yang takde coz dia beraya di perak tahun ni.... Pic ini dari kiri ialah ADAM (SM TEMIN), AKU (SMJ), ZULIDHAM(SMJ), KHAIRULNIZAM (SMJ) dan SYED (SMJ)... yang Adam tu member masa tuisyen je tu dia sekolah lain yang tiada adalah AZMAN...

pe2 pun setakat ni je dulu.... lain kali aku coret lagi...

SALAM AIDILFIRI...

Monday, September 14, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ; MAAF ZAHIR & BATIN

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan meraikan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan iaitu menyambut HARI RAYA AIDLFITRI.

Sedih mula terasa dalam sanubari diriku ini, apabila ramadhan akan meninggalkan kita semua kan akan meninggalkan Selamat Tinggal Ramadhan dan Selamat Datang SYAWAL.... Aku yang dilahirkan pada bulan Ramadhan ini terasa akan kesedihannya dan tertanya dalam diri ku ini "Adakah akan ku dapat menikamati ramadhan pada masa akan datang atau tahun depan". aKU redha akan Ketentuan ILAHI, namun banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam diriku ini yang kekurangan.

Bila tiba Syawal pada pagi hari kan, aku pasti akan sedih kerana aku sedih lah .... Bulan Syawal aku tak sama seperti sahabat2 ku yang lain.... Apabila lagu "Siapakah yang sudi, menghulurkan simpati kepada nasibku ini, ibu dan ayah telah pergi selamanya......." pandai2 lah sambung lirik pastu... lagu tu begitu pilu pada diriku ini.

Oh ya... aku nak ambik kesempatan ini dengan memohon kemaafan dari sahbat andai yang mengenali diriku ini... mahupun sahabat2 dari Jerantut, zaman sekolah, UPSI, SRM UPSI, dan semua lah yang mengenali ku ini.... ku memohon kemaafan banyak2 jika ada kesilapan dan kesalahan apa yang ku wat selama ini.... mahupun dari perbuatan ataupun percakapan. Maaf Zahir dan Batin.

Akhir Sekali ,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN