;;;

Monday, December 24, 2007

Bahasa Akal atau Bahasa Hati

BAHASA AKAL BAHASA HATI

Setiap manusia semestinya berakal, dan kita seharusnya bersyukur atas nikmat ini. Tetapi yang membezakan di antara kita adalah sejauh mana kita menjana akal ke arah mengilhamkan sebuah kepatuhan dan juga ketaqwaan kepada Yang Maha Esa.

Apabila akal yang sepatutnya diletakkan di satu kedudukan yang tinggi dikorbankan untuk sesuatu kepentingan diri, maka tepatlah apa yang difirmankan Allah bahawa manusia akan terjun menjadi serendah-rendah makhluk, bahkan lebih rendah daripada haiwan yang melata. Manusia begini adalah ibarat bangkai manusia; jasad berlembaga manusia tetapi mempunyai pekerti seperti binatang. Maruah kemanusiaan yang ada pada diri tergadai kerana menurutkan nafsu yang menjadi musuh kepada akal.


Seorang pemimpin misalnya, keputusan mereka dalam sesuatu tindakan pasti bertembung antara dua medan yang akan menguji tahap keimanan mereka. Adakah kewajipan atas diri sendiri yang mesti didahulukan ataupun kehendak ahli yang terpaksa diutamakan? Di sinilah akal yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah tadi harus berfungsi dengan sebaik mungkin.

Kenangan Pulau Tuba, Langkawi


















Inilah sebahagian gambarkat pulau tuba. Pergi program ini bawah Sahabat Mahasiswa Universiti(SMU).. Nama Program ini 'Baktisiswa Cikgu Dari Tanjung ke Pulau' . Nak upload gambar banyak sangat lah jadi aku letak ckit je lah k... kalau nak lebih email lah k ataupun datang sendiri ah tengok k... Cu .. Pulau tuba memang best!!!!




PENYELESAIAN YANG MENYELESAIKAN





Kembalilah kepada Al-Quran

Pada hakikatnya, manusia tak mampu untuk membendung gejala yang dihadapi. Tetapi mereka angkuh dan sombong dengan mengatakan "kami berkuasa dengan undang-undang yang ada pada kami". Bertambah teruk, mereka menghina pula undang-undang yang telah digariskan oleh Allah SWT yang mencipta mereka daripada air mani.

Tidak terasa hinakah wahai pengkritik undang-undang Allah? Sungguh melampau kata-kata kesat mereka menghina hukum Allah seolah-olah ia dipandang jijik dan kejam.

"Kalau orang yang berzina direjam, habislah batu di Malaysia. Bagaimana hendak baiki jalan?" Inilah kata-kata mereka yang bakal direndam di dalam timah cair di neraka!!! Fikirlah manusia yang mempunyai akal.

Sunday, December 23, 2007

Diri Saya


Nama diberi oleh keluarga saya MOHD YUSOF BIN ABDUL KARIM. Saya dilahirkan pada 21 Mei 1986. Saya merupakan anak yang kelima daripada lapan orang. Nama ayah saya ABDUL KARIM BIN DAUD, ayah saya saya panggil dengan perkataan 'abah' tetapi ayah saya sudah meninggal dunia. Nama ibu saya MARIAH BINTI ISA, ibu @ mak saya pun sudah tiada waktu saya berumur 4 tahun lagi. Saya pasrah dan redha akan pemergiaan kedua ibu bapa saya ini. Walaupun mereka sudah tiada tetapi semangat diaorang masih ada kat saya. Hidup ini perlu diteruskan walaubagaimanapun.

Itulah sedikit pasal diri saya, sekarang saya cerita pula alam persekolahan saya. Saya mula bersekolah di Sek. Keb ( LKTP) Padang Piol, Jerantut, Pahang... Saya bersekolah darjah satu lah, saya tidak bersekolah tadika pun..Waktu tu tahun 1993, disini lah saya mendapat didikan awal dari tak kenal ABC kepada pandai membaca dan mengira serta menulis. Saya bertuah mendapat guru yang sanggup sabar dengan kerenah saya yang banyak ini. heheheheh. Nakal gak lah saya ni waktu sekolah. Saya akhiri zaman persekolah di sekolah rendah sehingga tahun 6 alah hingga UPSR lah. Saya mendapat 3A 1B 1C.. kira ok lah tu. C tu bukan apa C tu cerdik hahahahha. Biasalah Bahasa Inggeris dapat C. tak pandai pun cakap orang putih ni.

ada lah gambar sedikit wajtu sekolah rendah lah. ni waktu berkhemah darjah 6, Carilah saya kat mana... jangan gelak dah lah
kalau pandai cari lah saya waktu kanak-kanak dulu. hehehehe kelakar plak lah tengok gambar waktu budak2.

Sekarang kita tukar ke sekolah menengah pula, setelah tamat sekolah rendah saya terus ke Sek. Men. Padang Piol, Jerantut. Mula-mula masuk sek menengah saya takut gak lah taut kena buli tapi overall ok lah. Ting 1 kelas Amanah.. sampai lah ting 2 saya bersekolah di Sek. Men. Padang Piol.. Pertengahan Ting 2, saya bertukar sekolah ke Sek> Men. Keb Jerantut (SMJ) sampailah ting 6. Disini lah banyak kengangan yang tak dapat dilupakan. Disini lah juga saya ambil PMR, SPM dan STPM... Malas lah nak cerita pasal keputusan coz tak cemerlang mana pun.. Malu lah...

Tamatnya ting 6, saya sambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sehinggalah sekarang...