;;;

Monday, December 24, 2007

Bahasa Akal atau Bahasa Hati

BAHASA AKAL BAHASA HATI

Setiap manusia semestinya berakal, dan kita seharusnya bersyukur atas nikmat ini. Tetapi yang membezakan di antara kita adalah sejauh mana kita menjana akal ke arah mengilhamkan sebuah kepatuhan dan juga ketaqwaan kepada Yang Maha Esa.

Apabila akal yang sepatutnya diletakkan di satu kedudukan yang tinggi dikorbankan untuk sesuatu kepentingan diri, maka tepatlah apa yang difirmankan Allah bahawa manusia akan terjun menjadi serendah-rendah makhluk, bahkan lebih rendah daripada haiwan yang melata. Manusia begini adalah ibarat bangkai manusia; jasad berlembaga manusia tetapi mempunyai pekerti seperti binatang. Maruah kemanusiaan yang ada pada diri tergadai kerana menurutkan nafsu yang menjadi musuh kepada akal.


Seorang pemimpin misalnya, keputusan mereka dalam sesuatu tindakan pasti bertembung antara dua medan yang akan menguji tahap keimanan mereka. Adakah kewajipan atas diri sendiri yang mesti didahulukan ataupun kehendak ahli yang terpaksa diutamakan? Di sinilah akal yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah tadi harus berfungsi dengan sebaik mungkin.

No comments: