;;;

Tuesday, March 17, 2009

16 Mac Hingga 18 Mac 2009

Istiadat Konvokesyen ke 11
Sidang Pertama.
Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI)

Tahniah kepada semua Graduan UPSI.

RAHSIA TAHI LALAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Setiap insan mempunyai kelebihan masing2. Kekadang manusia mempunai tanda lahir dan tahi lalat yang ada di sekelilig tubuh badan kita. Oleh itu disini saya berminat untuk berkongsi rahsia tahi lalat berdasarkan kajian. Janganlah anda percaya 100% dikhuatiri anda akan syirik. Ini sebagai panduan sahaja.

1. Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun - kurang jujur
4. Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan - cergas dan cekap
6. Di kening kiri - cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan - baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri - ramai yang suka
13. Di pipi kanan - ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
16. Pada hidung - banyak rezeki
17. Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan - menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
55. Betis kanan - suka berpoya, boros
56. Betis kiri - tidak suka menganggur
57. Tumit kanan - jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri - baik budi
59. Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
61. Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri - kurang berusaha

Thursday, March 12, 2009

SPM 2008 & SPM 2009

TAHNIAH KEPADA SESIAPA YANG MENERIMA
KEPUTUSAN SPM 2008 PADA 12 MAC 2009.

ANDA TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM HIDUP ANDA.
BAGI MEREKA YANG AKAN MENGHADAPI SPM 2009,
SEMOGA BERJAYA DALAM MENGECAPI IMPIAN ANDA.

Tuesday, March 10, 2009

Tahniah

Tahniah diucapkan atas kejayaan anda dalam STPM 2008. Anda telah melakukan yang terbaik. Sekalung Tahnniah diucapkan.
Jangan lupa isi borang UPU di laman
https://upu.mohe.gov.my/portal_bpkp/online0910/stpm/mohon.php bagi STPM

10. March 2009 ( Selasa)

  • Hari lahir Achik [ Mohd Shahzrin Bin Mohd Hambali] yang ke 10 tahun
  • Keputusan STPM 2008 akan keluar ( mcm mana lah keputusan adik2 ku, aku yang berdebar lebih )
  • BRM 4033 - Penilian Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu submit pada hari ini. Walaupun ahli kumpulan tidak memberi kerjasama namun dapat juga ku siapkan dengan jayanya.
  • Jam 1000 kelas Prinsip Pengajaran Penulisan
  • Jam 1600 kelas 4P [ Penilaian, Pengujian, Pengukuran dalam Pendidikan
  • Tugasan Bacaan dan Penulisan mesti submit minggu ini

Monday, March 9, 2009

(10/3/2009
KEPUTUSAN STPM 2008 AKAN KELUAR...
TAHNIAH KEPADA ADIK-ADIKKU DI SEK. MEN. KEB. JERANTUT, PAHANG.

Sunday, March 8, 2009

SELAMAT MAULIDUL RASUL

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDULRASUL
12 RABIUAWAL.
( ISNIN - 9 MAC 2009)

Saturday, March 7, 2009

RAHSIA KELAHIRAN BULAN MAC

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

ISTIMEWANYA ORANG BERCINTA...???

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana .Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberiI penghargaan dan disambut dengan baik. Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanyacinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan. Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup.Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya. Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu.. Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya. Cinta Seindah Yang Diucap.Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya.Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, Sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah(melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakanlarangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama. Tanda Cinta.Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah,bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar,bertaubat,membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yangfardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat.Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, denganmenjaga batas-batasnya (muhrim@sebaliknya),saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain.Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat. Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yangsungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan danberakhlak mulia. Diantaranya Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."( Surah: Ali Imran,Ayat:146.) "Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."( Surah Ali-Imran,Ayat: 134 ) "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri."( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 ) Untungnya Orang Bercinta.Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapatperhatian,cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya,seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya.Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi.Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi.Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang MahaPencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya. Rasulullah pernah bersabda :-Cintailah sesuatu itu sekadar saja.Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Kenangan di ACHEH...


Inilah satu-satunya Kubur Orang Alim @ Muslim yang terapung di atas air tanpa berlakunya perubahan waktu tsunami. INILAH KETENTUAN ILAHI.
FIKIRKAN-FIKIRKAN. Cerminkan diri anda.

Beginilah cara nak selamatkan mangsa-magsa Tsunami di Acheh.. 2004. Hidung kena tutup coz tidak tahan dengan bau mayat. Inilah pengorbanan . IKHLAS...