;;;

Saturday, September 12, 2009

Apa itu CINTA?????????

Adakah tapak tangan mu berkeringat,
hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan CINTA, itu SUKA

Adakah kamu tidak dapat melepaskan padanganmu darinya?
Itu bukan CINTA, itu NAFSU

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada disana?
Itu bukan CINTA, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan CINTA, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya.
Itu bukan CINTA, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kemu menjadi memiliknya kerana pandangan matanya membuat hatinya melompat?
itu bukan CINTA, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahanya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan CINTA, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan CINTA, itu DUSTA

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan CINTA, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi,
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami... menarikmu mendekati dan tetap berrsamanya?
ITULAH CINTA.

Adakah kamu menerima kesalahnya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
ITULAH CINTA

Adakah kamu kamu terterik dengan orang lain tetapi setia dengannya tanpa penyesalan?
ITULAH CINTA

Adakah kamu kerana kesakitanya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA


Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang Demikian itulah CINTA..

Sunday, September 6, 2009

Salam Nuzul Al-Quran

Assalamaualaikum dan Salam Nuzul AL-Quran...
Pada Isnin ini iaitu 07 September 2009 ( 15 Ramadhan ) semua umat Islam akan menyambut Nuzul Al-Quran, Ini bermakna sudah setengah bulan semua umat islam beribadat puasa. Puasa kali ini saya berpuasa di tanjung malim dimana tempat saya menuntut ilmu dimana disini kerjaya saya akan dibina... tak sabar hendak menunggu berakhirnya belajaar di sini. Bukan apa sudah hampir 4 tahun saya belajar disini... agak lama masa yang diambil untuk menjdi pendidik.

Sini pun banyak asgment yang belum ku settle kan tau... Fenin kepala juga nak wat bendalah ni .... almaklumlah sem ni kan sem akhir aku di sini. pas ni dah nak raya.... so kena lah wat persiapan... Isnin ni ku ambil kesempatan untuk g beli barangan raya...
k lah ada masa aku ku coretkan lagi kat sini...

Salam

Thursday, June 25, 2009

Mengapa ini terjadi?

Assalamualaikum pembuka bicara.

Sudah lama agaknya saya tdk menulis dalam blog ni . huhuhuhu..... Cuti 10 minggu pun dah nak habis pun... masa cuti lah aku mengemukkan badan ku lagi supaya nampak lagi comel gitu....
hahahaha..... pada tanggal 19 hb Jun 2009- tarikh mengumumkan keputusan UPU kuar, adik angkat yang saya sayangi tidak berjaya memasuki ke u.... saya agak kecewa mengapa dia tidak dapat masuk U sehingga ati dan jiwa raga saya ni agak kesedihan... namun perjuangan perlu diteruskan ....
Tangal 20hb JUn 2009, aku berkesempatan untuk menolong walimatulurus kawan baikku... aku dapatlah tolong apa yang patut... huhuhu..... Namun bukan kawn aku kawin tapi akak nya yang sulung kawin.... aku tak kisah aku tolong je apa yang patut... pe2 ni kenduri yang paling ramai... tidak henti2 ada je org datang.... aku pun kepenatan dibuatnya.... hahhaha

Oh ya... aku lupa plak nak ucapkan TAHNIAH kepada semua sahabatku yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SEMESTER II sesi 08/09.... Perjuangan kita hanya tinggal satu tahun sahaja.... Sabarnya kawan2... kita pasti lalui ini dengan sabar dan tabah.

ok lah ... aku ada keje plak ni .... k Salam

Thursday, April 9, 2009

PROGRAM "MENJEJAK MAKLUMAT SETINGGI GUNUNG, SELUAS LAUTAN ILMU" BERJAYA

Perpustakaan Tuanku Bainun, 04 April- Saya bersama sahabat2 yang lain telah berjaya melaksanakan Program Menjejak Maklumat Setinggi Gunung, Seluas Lautan Ilmu abjuran Persatuan Pendidikan Sekolah Rendah dengan Kerjasama Perpusatakaan Tuanku Bainun, UPSI dan SK Hulu Bernam Selangor. Saya bertindak sebagai Pengarah Program bagi program ni. Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada Siti AZura (WAWA) yang bertindak sebagai Timbalan Pngarah yg banyak membantu dalam merealisasikan program ini. Yang penting juga thanks a lot kat kawan2 sekelas yang banyak membantu menjayakannya.... thanks kawan2 nanti leh kita wat lagi... tanpa anda sekalian program ini tidak dapat dijayakan oleh kami berdua. Terima kasih kerana banyak membantu, nak sebut nama ramai sangat lah so Overall semua KOS AT34 batch terakhir k... THANKS,


Inilah aku yang bertindak sebagai pengarah program.

APAKAH OBJEKTIF PROGRAM INI?
Memupuk semangat cintakan ilmu dalam kalangan warga UPSI dan pelajar sekolah. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga UPSI dengan pelajar SK Hulu Bernam. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berkesan kepada pelajar.Menyediakan aktiviti pembelajaran aktif yang berpusatkan murid. Mengintegrasikan bahan pendidikan di UPSI.


AKu dan Wawa yang mengepalai Program ini.


Firdaus sebagai Presiden Persatuan menyampaikan hadiah kepada murid2.

VISI PROGRAM RAKAN MUDA TERCAPAI - Sinar Harian (2 April 2009)



Salam... Inilah Program Rakan Muda Wawasan Desa. Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian inilah RMWD yang terakhir yang kendalikan dan terlibat dan saya tekah mengucapkan selamat tinggal pad SRM UPSI ...

SEMOGA SRMUPSI LEBIH CEMERLANG!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam pada semua, dah lama den (saya) xluahkan ati kat cn. G 2 mgu koi (sy) akan final exm... Tension pun ada coz koi xstdy g , la pk2 kan xtau lah apa yang koi stdy ... huhuhu,.... mcm bisa lah stdy las mint katakan.... Mgu pas sabtu (4/4/09) koi hadle progrm bersama SK Hulu Bernam,.... Thanks a lot lah pada kwn2 yang byk membantu koi dalam progrm tu... Wpun progrm koi, klu xder u all hampeh lah progrm tu jadi.... Mgu ni koi ada progrm lagi.. tp kat SK Dato' Kamarudin.... 1 hari je... tp xtau lah ponatnya mcm mana... dah nak demam rasanya kkoi ni... tp koi kuatkan semnagt tuk hadle bendalah ni ... Oh ya .... Jumaat ni koi nak tgk movie lah plak.... Citer Syurga CInta.... Jom lah pakat2 kita g tgk ea
Koi xder apa nak citer dah lah... ada masa koi tulis lagi lah

Good Luck kepada sahabat2 koi AT34 di UPSI.

Friday, April 3, 2009

dari sahabat Untuk sahabat

sahabat untuk sahabat..=)
Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.