;;;

Tuesday, July 22, 2008

MUSUH UTAMA : KAWAN ATAU MUSUH ?


Tatkala kita berusaha bermati-matian untuk mengeratkan ukhuwwah sesama kita, di sana pasti terdapat pelbagai cabaran dan dugaan. Cabaran dan dugaan itu merupakan musuh kita untuk mengekalkan perhubungan yang sedia ada.

Sedari, kita boleh menamakan apa jua sebagai 'musuh' kita. Jika kita hendak siapkan assignment maka musuh kita adalah komputer rosak, jika kita hendak study maka musuh kita adalah games.

Kesemua itu adalah musuh-musuh luaran sahaja. Tetapi ada satu lagi musuh yang merupakan musuh utama kita iaitu DIRI KITA SENDIRI !

Walaupun komputer rosak, kita boleh pinjam komputer orang lain. Juga kita tidak akan hanyut dengan games jika kita sendiri tidak memilih untuk leka dengannya. Semuanya bermula dari DIRI KITA SENDIRI !

Sebab itulah apabila membicarakan soal musuh dan kawan, saya berpendapat bahawa kita tidak berhak untuk berburuk sangka terhadap sesiapa pun, hatta terhadap musuh kita sekalipun. Namun, bukanlah bermakna kita tidak perlu mempedulikannya langsung.

Mulakan dengan berfikiran neutral, jangan terlalu prejudis dan juga jangan terlalu beranggapan positif pada semua orang. Hatta sahabat sepermainan, sepinggan, sekatil sekalipun. InsyaAllah, dalam keadaan inilah kita mampu mengekalkan perhubungan dalam keadaan harmoni.

Semuanya bermula dari diri anda sendiri.
Jika anda berjaya menguasai diri anda, anda mampu menguasai segalanya. Take control of yourself, your life and keep on sharpen the saw !

Mampukah anda mengusai musuh anda sebagaimana anda menguasai perasaan kawan anda?

p/s : "Mintalah nasihat daripada musuhmu untuk menguji sejauh mana permusuhannya terhadapmu..."

No comments: