;;;

Saturday, March 7, 2009

RAHSIA KELAHIRAN BULAN MAC

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

ISTIMEWANYA ORANG BERCINTA...???

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana .Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberiI penghargaan dan disambut dengan baik. Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanyacinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan. Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup.Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya. Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu.. Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya. Cinta Seindah Yang Diucap.Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya.Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, Sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah(melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakanlarangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama. Tanda Cinta.Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah,bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar,bertaubat,membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yangfardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat.Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, denganmenjaga batas-batasnya (muhrim@sebaliknya),saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain.Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat. Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yangsungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan danberakhlak mulia. Diantaranya Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."( Surah: Ali Imran,Ayat:146.) "Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."( Surah Ali-Imran,Ayat: 134 ) "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri."( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 ) Untungnya Orang Bercinta.Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapatperhatian,cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya,seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya.Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi.Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi.Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang MahaPencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya. Rasulullah pernah bersabda :-Cintailah sesuatu itu sekadar saja.Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Kenangan di ACHEH...


Inilah satu-satunya Kubur Orang Alim @ Muslim yang terapung di atas air tanpa berlakunya perubahan waktu tsunami. INILAH KETENTUAN ILAHI.
FIKIRKAN-FIKIRKAN. Cerminkan diri anda.

Beginilah cara nak selamatkan mangsa-magsa Tsunami di Acheh.. 2004. Hidung kena tutup coz tidak tahan dengan bau mayat. Inilah pengorbanan . IKHLAS...

Monday, January 19, 2009

SAJAK UNTUK IBU

SAJAK ( LUAHAN HATI SANUBARIKU)

Sajak ini adalah hasil luahan hatiku yang kecil ini. Ku sudah tidak mempunyai ibu... tetapi dalam sanubari ku, ku inginkan seorang ibu yang boleh menjadi tempat untuk ku bermanja.. Oh Ibu...

Tajuk Sajak : Ingatlah Kepada Ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Ibuku sudah tiada semasa ku dizaman kanak-kanak lagi...

Sunday, January 4, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA


apa yang seronoknya along tu makan....
seronok rasanya dapat makan sama-sama
bukan selalu kan... best nya kalau selalu..... hahahahaha


makan-makan-makan

MASA BASUH MOTOR KU..










terima kasih kepada adik2 ketika membasuh motor abang usop ea..
Nanti basuh lagi.

TERIMA KASIH KEPADA NAMA BERIKUT :
1. MOHD SHAHZRUL ( 14 TAHUN )
2. MOHD SHAHZRIN (10 TAHUN )
3. SOLEHIN ( 10 TAHUN)
4. AJIS ( 10 TAHUN)
5. mOHD SHAHZLIN - ACIK ( 9 TAHUN )

NANTI basuh lagi tau..
hahahhaa
belajar rajin-rajin tau

Thursday, January 1, 2009

Selamat Kembali Belajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertama kali, syukur kehadrat ILAHI kerana dengan limpah dan kurniaanya dapat juga kita semua kembali dan menyambung kembali pengajian kita yang sudah sebulan lebih kita tinggalkan. macam2 aktiviti yang telah dilakukan sepanjang cuti ea..

Terima kasih sayan ucapkan kepada pihak SRM UDM kerana memberi peluang untuk saya ke sana disamping memberi peluang kepada saya berjalan ke sana. Lain kali jemput lagi ea...
walaupan saya ada kekecewaan disana tapi saya redha dan pasrah. Tiada siapa yang akan perfect kan.

Wat adik2 di Taman Perumahan iaitu TAMAN PINE seperti Along, ANgah, Achik, Solehin, Ajis dan semua lah.. Terima kasih ea kerana sudi belajar gan abang usop ea. Semoga kita bertemu lagi. Insyallah.

TQ